Saturday, November 12, 2011

sekadar berkata...


cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang bukannya dari kata2 bermadah walaupun terlalu indah.cinta itu anugerah tuhan yang paling bermakna.sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya. 

bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan,carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.bila kita mencintai seseorang,jangan berikan seluruh harapan kepadanya.tinggalkan sedikit harapan untuk kita agar kita mampu untuk bangun semula dikala kita dikecewakan.


No comments:

Post a Comment