Sunday, November 13, 2011

kisah kau dan aku...


sayang malam ini ku renungi kembali
erti dirimu dalam hidupku
bukan untuk meragui cintamu padaku apatah lagi mencari hina dalam dirimu
apa yang telah kau berikan padaku tiada ternilai
kau telah mengingatkan aku tentang erti cinta
entah apa yang mesti ku katakan untuk mengungkapkan rasa syukur ku pada-Nya
sayang begitu besar anugerah yang telah dia berikan padaku melalui dirimu
sekiranya nanti tuhan mengizinkan kita hidup bersama
tidak akan mati cintaku padamu
kau yang diciptakan olehnya
dengan segala keindahan yang kau miliki
ingin selalu ku puja dan ingin ku miliki dirimu sebagai sebahagian daripada hidupku
sayang jadilah milikku selamanya
ingin ku katakan padamu
kasihku... ku amat mencintai kamu
kerna kau beri erti hidup
ku kan terus mencintamu
aku amat mencintaimu kini, esok dan selamanya
dengan menerima segala kekurangan dan kelebihanmu


*tiba-tiba jiwang pulak hahaha*

No comments:

Post a Comment